Isnin, 15 Disember 2014

Di sini saya sediakan sedikit halwa telinga untuk didengari di kala sunyi. hahaha.. lagu di atas menceritakan mengenai beberapa hak pengguna yang boleh dituntut dan boleh diamalkan kelak. Semoga bersama kita mendapat manfaat. Jangan lupa komen ye di ruangan komentar. Hanya klik dan bolehlah luahkan pandangan anda :) terima kasih.

TUNTUTAN MENUKAR JANTINA

Lawan Fitrah! Lawan Takdir Tuhan!

Dalam Islam adalah sesuatu perbuatan yang berdosa besar wehh. Allah akan azab dengan azab yang sangat dahsyat. Kalau korang fikir korang mampu lawan takdir Tuhan, aku nak tengok sejauh mana korang mampu tahan api dekat tapak tangan korang.

Hahahahaa, confirm terbeliak bijik mata korang nak tahan sakit. Lagi menyayat hati korang punya deria sentuh akan berkurangan. Ok. Sekarang cuba bayangkan korang kena azab dekat akhirat nanti. Naudzubillah min dzalik. Mohon dijauhkan.

Ok ok. Apa yang aku nak kongsi dekat sini adalah berkenaan hak asasi manusia yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk dunia hari ini. Fenomena LGBT semakin berleluasa dan semakin ketara dan yang paling teruk dan mala petaka adalah apabila terdapat segelintir individu yang tertarik untuk mengubah jantina asal mereka kepada sebaliknya.

Yang lelaki nak jadi perempuan! Yang perempuan nak jadi lelaki!

Macamana korang nak ubah "anu" korang tu. Sakit wehh. Perit!!! Dahsyat!!! Korang ingat seronok??!! Baik korang fikir jauh-jauh 5 6 kali. Parah wehh nanti!!!









Gambar mengenai proses pembedahan menukar jantina di Thailand. Ya Allah, azabnya tu T.T

Antara kes yang berlaku berkaitan pertukaran jantina di Malaysia:

Seorang rakyat Malaysia telah bersumpah untuk memperjuangkan haknya selepas mahkamah menolak untuk membenarkan dia mengubah status jantina di dalam kad pengenalannya MyKad kepada wanita berikutan pembedahan jantina yang telah dilakukannya.

Peguam Wong Kah Woh, berkata mahkamah tinggi telah bersidang pada hari Jumaat dan bersimpati terhadap kes ini, namun tidak dapat memutuskan perihal anak guamnya yang berusia 35 tahun itu yang tidak dapat disiarkan namanya atas sebab keselamatan. Mahkamah dikatakan tidak dapat memutuskan berikutan ia di luar bidang kuasanya.

Wong berkata, anak guamnya telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemas kini status jantinanya yang tercatat pada kad pengenalan selepas menjalani satu pembedahan penukaran jantina yang dijalankan di Thailand pada 2006, namun dia diarahkan untuk memohon arahan daripada mahkamah untuk mengesahkan bahawa dia adalah seorang wanita.

"Mahkamah memutuskan bahawa ia tidak bersedia untuk memberikan kelulusan permohonan tersebut memandangkan ia tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian. Anak guam saya sangat sedih namun dia akan terus memperjuangkan haknya dan membuat rayuan di atas keputusan itu" Kata Wong.

Pembedahan penukaran jantina adalah sah di sisi undang-undang negara Malaysia yang terdiri daripada majoriti penduduk Muslim. Namun penukaran status jantina dalam kad pengenalan tidak dibenarkan.

Para pejuang hak asasi menganggarkan terdapat kira-kira 50, 000 transexual di Malaysia, kebanyakkannya menghadapi kecaman dan prejudis, dan selalunya mereka sukar untuk mendapatkan kerja.

Naudzubillahi min dzalik. 

Semoga mendapat manfaat dan sama-sama terhindar daripada gejala tidak bermoral seperti ini.

Kawan-kawan jangan lupa komen ye untuk meningkatkan lagi mutu karya saya selepas ini. komen jangan tak komen :)